KEPENTINGAN AL QURAN DALAM HIDUP KITA

Sejauh mana hidup kita dengan al quran.

Bahaya hasad

Hadith nabi tentang hasad

Imam Harith Al Muhasibi

Mengenali tokoh tasauf

Pelestine dan tanda kiamat

Mereka adalah orang yang terbaik di zaman kita

Solat itu cahaya

bagaimana cahaya itu mampu menyuluh org lain jika diri sendiri belum tersuluh

KCJ

 


Panduan perlaksanaan Kem Cemerlang Jawi.


1. PENDAHULUAN


Pelajaran Jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak Jurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 


Kem Cemerlang Jawi (KCJ) telah diperkenalkan bermula tahun 2015 bagi menggantikan Kelas Pemulihan Jawi bertujuan untuk memperkasakan

Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.


KCJ merupakan satu kaedah yang mesti diikuti oleh murid-murid yang

belum menguasai kemahiran asas jawi. Modul terkini semakan 2018 disediakan

bagi membantu guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai berdasarkan

kemahiran tertentu kepada murid.


2. MATLAMAT

Penguasaan Jawi dalam kalangan murid sekolah Rendah seterusnya dapat

memperkasakan matapelajaran Pendidikan Islam.


3. OBJEKTIF

Menguasai enam kemahiran membaca dan menulis dalam aspek:

3.1. Menyambung huruf

3.2. Padanan huruf

3.3. Suku kata terbuka

3.4. Suku kata tertutup

3.5. e pepet, e taling dan

3.6. Vokal awal kata


4. SASARAN

Murid tahun 2 hingga 6 yang belum menguasai enam kemahiran asas KCJ.


5. PELAN PELAKSANAAN

5.1. Menggunakan modul KCJ terkini (semakan 2018).

5.2. Dilaksanakan 2 kali setahun

5.2.1. KCJ 1 (Februari – Mei)

5.2.2. KCJ 2 (Julai – Oktober)

5.3. Nisbah guru dan murid adalah 1:10

5.4. Bimbingan berterusan sehingga menguasai semua kemahiran KCJ.


6. STRATEGI PELAKSANAAN

6.1. Membentuk Jawatankuasa Pelaksana KCJ di peringkat sekolah.

6.2. Mengenal pasti murid yang terlibat dalam KCJ.

6.3. Menjalankan KCJ di luar waktu PdP.

6.4. Merekod dan menganalisa pencapaian murid KCJ dalam Rekod

Pencapaian Murid (Kelompok) seperti di lampiran.

6.5. Mendapat pengesahan pelaporan pencapaian murid daripada Guru

Besar.

6.6. Melaporkan pencapaian murid kepada PPD, JPN dan KPM.


ORGANISASI PENDIDIKAN ISLAM SK TEGAYONG

 Carta organisasi 2024




MODEL TASMIK


PENDAHULUAN 

Program j-QAF berasaskan idea mantan YAB Dato Abdullah Bin Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kememterian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF relah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri pada ketika itu telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005.

KONSEP PROGRAM j-QAF

Program j-QAf adalah satu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah.Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus di gunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu yang sedia ada.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF 

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat :
1. menguasai bacaan dan tulisan jawi;
2. khatam Al-Quran;
3. menguasai asas Bahasa Arab Komunokasi; dan
4. memantapkan dan menghayati malan fardhu ain.

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF 

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan Pendidikan Islam yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah Al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

1. model Kelas Pemulihan Jawi;
2. model Tasmik;
3. model 6 bulan Khatam Al-Quran;
4. model Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab Komunikasi,
5. model Bestari Solat (kokurikulum)

Pengukuhan Program j-QAF hendaklah dilaksanakan melalui kelab, persatuan dan aktiviti seperti berikut :
1. Kelab Seni Tulisan Jawi;
2. Kem Bina Juara;
3. Ihtifal Khatam Al-Quran;
4. Kem literasi Al-Quran; dan
5. Persatuan Bahasa Arab.

MAHRAJAN AL QURAN SEKOLAH SEKOLAH 2024

 MQSS 2024



KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 2024

 KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2024