SUMBANG KAN PENULISAN ANDA.
Ilmu agama adalah cahaya. Ia menyuluh setiap hati manusia. Dengan ilmu manusia dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Dengan ilmu juga manusia dapat mengetahui betul atau salah nya perjalanan hidup yang di lalui sekian lama.
Justeru, ilmu itu penting untuk berada di dalam hati setiap dari kita. Ilmu , madarnya atau tempat tinggal nya ialah di dalam hati. Ilmu itu tidak sekadar duduk pada bibir. Tidak juga pada aqal semata. Tempat diam nya ialah di dalam hati.
Maka, ilmu itu perlu di tuntut dan juga di sampaikan. Kata nabi, sampiakan lah dari ku walau satu ayat. Jika kita dapati masyarakat kita payah untuk berusaha mencari ilmu, maka tugas kita adalah untuk menyampaikan ilmu kepada mereka.
Jika kita dapati masyarakat kita tidak bersungguh dalam mencari ilmu maka kita tidak boleh menjadi berhala dengan menunggu manusia datang kepada kita. Kita perlu bergerak dan berjalan untuk menyampaikan kepada masyarakat.
Itulah kerja yang nabi lakukan. Nabi mendatangi setiap pintu rumah, mengetuk hati hati manusia.
Menyebarkan ilmu , memperkenal kan tuhan , membawa manusia kembali kepada tuhan ada berbagai cara. Sekolah, kuliah agama, ceramah dan lain lain merupakan medium kepada ilmu itu tersebar.
Maka penulisan tentang agama jika di niat kan kerana Allah, akan sama seperti yg lain lain dalam melaksanakan perintah "sampaikan" seperti dalam hadith nabi.
Justeru kami mengalu alukan setiap maqalah , pendapat atau apa sahaja yg berbentuk ilmu dan nasihat untuk kami letakkan di dalam blog kami.






0 Comments:
Post a Comment