Panduan perlaksanaan Kem Cemerlang Jawi.
1. PENDAHULUAN
Pelajaran Jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak Jurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kem Cemerlang Jawi (KCJ) telah diperkenalkan bermula tahun 2015 bagi menggantikan Kelas Pemulihan Jawi bertujuan untuk memperkasakan
Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
KCJ merupakan satu kaedah yang mesti diikuti oleh murid-murid yang
belum menguasai kemahiran asas jawi. Modul terkini semakan 2018 disediakan
bagi membantu guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai berdasarkan
kemahiran tertentu kepada murid.
2. MATLAMAT
Penguasaan Jawi dalam kalangan murid sekolah Rendah seterusnya dapat
memperkasakan matapelajaran Pendidikan Islam.
3. OBJEKTIF
Menguasai enam kemahiran membaca dan menulis dalam aspek:
3.1. Menyambung huruf
3.2. Padanan huruf
3.3. Suku kata terbuka
3.4. Suku kata tertutup
3.5. e pepet, e taling dan
3.6. Vokal awal kata
4. SASARAN
Murid tahun 2 hingga 6 yang belum menguasai enam kemahiran asas KCJ.
5. PELAN PELAKSANAAN
5.1. Menggunakan modul KCJ terkini (semakan 2018).
5.2. Dilaksanakan 2 kali setahun
5.2.1. KCJ 1 (Februari – Mei)
5.2.2. KCJ 2 (Julai – Oktober)
5.3. Nisbah guru dan murid adalah 1:10
5.4. Bimbingan berterusan sehingga menguasai semua kemahiran KCJ.
6. STRATEGI PELAKSANAAN
6.1. Membentuk Jawatankuasa Pelaksana KCJ di peringkat sekolah.
6.2. Mengenal pasti murid yang terlibat dalam KCJ.
6.3. Menjalankan KCJ di luar waktu PdP.
6.4. Merekod dan menganalisa pencapaian murid KCJ dalam Rekod
Pencapaian Murid (Kelompok) seperti di lampiran.
6.5. Mendapat pengesahan pelaporan pencapaian murid daripada Guru
Besar.
6.6. Melaporkan pencapaian murid kepada PPD, JPN dan KPM.






0 Comments:
Post a Comment