MODEL PEMULIHAN JAWI

 Model Kelas Pemulihan Jawi


Takrif

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru  pemulihan untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.


Objektif

Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat mengenal, menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan-perkatan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku  kata tertutup.


Kumpulan Sasar

Kumpulan sasar kelas ini ialah murid-murid yang tidak dapat melepasi ujian khas iaitu tidak mengenal huruf tunggal atau  suku kata terbuka.


 Strategi Pelaksanaan

i.  Laksana Kelas Pemulihan Jawi ikut agihan kemahiran dan kaedah P & P yang telah ditentukan.

ii. P & P guna kaedah permainan dan nyanyian yang menyeronokkan.

iii. Buat penilaian dan rekod pencapaian murid setiap kali kelas dilaksanakan.


Agihan Tugas

Pihak sekolah bertanggungjawab menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar.


Guru Besar

· Tubuh Jawatankuasa Pelaksana

· Adakan mesyuarat penyelarasan

· Pastikan Kelas Pemulihan Jawi ini dapat                  dilaksanakan dengan sempurna.

· Pantau perlaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.


Jawatankuasa Pelaksana;

i.  Kenalpasti murid-murid yang keciciran  melalui ujian khas atau maklumat daripada guru yang mengajar. Jumlah murid bagi satu kelas pemulihan hendaklah di antara 6 hingga 10 orang.

ii.  Sedia tempat bagi pelaksanaan kelas pemulihan.

iii.  Sedia bahan bantu mengajar.


Ketua Panitia Pendidikan Islam

·   Setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.

·   Bekerjasama dengan guru pemulihan dan guru-guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.

·   Semak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran dan guru pemulihan.


Guru Mata Pelajaran

·   Buat ujian khas untuk memilih pelajar yang akan mengikuti Kelas Pemulihan Jawi.

·   Teruskan pengajaran mengikut jadual persekolahan biasa.


Guru Pemulihan Jawi

·  Laksana Kelas Pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.

·  Rekod hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran dan  pembelajaran.

·  Laporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua Panitia dan Guru Besar.


Penilaian

Guru hendaklah melaksanakan penilaian setiap kali kelas dijalankan. Penilaian hendaklah menguji kemahiran membaca dan menulis huruf-huruf dan suku kata suku kata yang dipelajari. Hasil penilaian hendaklah direkod ke dalam Borang Penilaian Kelas Pemulihan Jawi.


Kerja Rumah

Guru hendaklah menyediakan lembaran kerja berkaitan  huruf yang telah dipelajari.. Antara bentuk kerja rumah yang boleh disediakan seperti menulis semula huruf-huruf, mewarna dan sebaginya. Ibu bapa juga dikehendaki menanda tangani di ruang yang disediakan apabila pelajar telah menyempurnakan tugasan tersebut. Guru perlu menyemak tugasan tersebut pada keesokan hari.








x

0 Comments:

Post a Comment